PENILAIAN

  1. Filem/video yang menyertai pertandingan ini akan melalui proses penyaringan awal dan hanya lima (5) filem/video terbaik sahaja bagi setiap kategori akan melalui proses penjurian.
  2. Penilaian terhadap filem/video yang menyertai Pertandingan ini juga akan dilakukan oleh satu pasukan juri yang akan dilantik bagi setiap kategori pertandingan. Tiga (3) orang bagi kategori filem/video pendek manakala lima (5) orang bagi kategori filem/video yang berdurasi lebih panjang. Panel Hakim terdiri daripada pengerusi kategori, ahli akademik, pengamal industri, pengkritik filem dan tokoh-tokoh tertentu. Panel Hakim ini akan memberikan markah kepada setiap filem/video berdasarkan garis panduan dan peraturan yang ditetapkan oleh penganjur.
  3. Penilaian dilakukan terhadap kreativiti dan inovasi yang diperlihatkan oleh peserta serta hasil inspirasi daripada tema FFVPM 2013. Keaslian naratif filem/video dan kelainan tema turut diberikan perhatian, di samping kejelasan dan ketepatan karya sebagai filem/video dari segi definisi, struktur dan konsepnya.
  4. Pemilihan panel hakim dan proses penilaian akan dilakukan sepenuhnya oleh pihak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) atas nasihat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) Malaysia.