SYARAT PERTANDINGAN

  1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penuntut IPTA/IPTS  di Malaysia berwarganegara Malaysia atau pelajar antarabangsa;
  2. Bahasa yang digunakan dalam produksi ialah Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris;
  3. Tempoh durasi produksi mestilah tidak melebihi 8 minit bagi kategori filem/video pendek, iklan dan PSA dan tidak melebihi 23 minit bagi kategori filem/video yang lain;
  4. Produksi mestilah tidak memaparkan isu-isu sensitif atau kontroversi dari segi budaya, kaum, agama, politik, isu-isu perundangan dan Perlembagaan Persekutuan;
  5. Produksi mestilah karya asal peserta dan tidak pernah memenangi anugerah dalam mana-mana pertandingan/festival filem/video peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
  6. Penyertaan adalah percuma dan setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan untuk setiap tema;
  7. Format produksi hendaklah memenuhi kehendak kualiti siaran (broadcast standard);
  8. Peserta digalakkan menggunakan skor muzik asal. Sekiranya mengguna pakai skor muzik yang sedia ada di pasaran/hak orang lain, peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak-pihak yang berkenaan;
    1. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap dan lewat diterima;
    2. Salinan DVD dan bahan-bahan lain yang diterima tidak akan dipulangkan;
    3. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak;
    4. Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik balik sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak;
    5. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD;
    6. Hakcipta produksi adalah milik peserta. Peserta mestilah membenarkan pihak penganjur menggunakan produksi tersebut untuk tujuan program pendidikan pihak penganjur serta promosi dan siaran di TV atau media baharu sebelum, semasa dan selepas pertandingan;
    7. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan;
  9. Setiap penyertaan/produksi mestilah mendapat pengesahan dan sokongan pihak institusi pengajian peserta.